Tuesday 18 October 2011

LAPORAN PROGRAM PRS SMV/T ZON PULAU PINANG 2010

TARIKH:
2 JULAI 2010

HARI :
JUMAAT

TEMPAT :
SMV BATU LANCHANG, PULAU PINANG

ANJURAN BERSAMA :
PK.HEM SMTV ZON PULAU PINANG
&
MGK SMTV ZON PULAU PINANG

PENGENALAN
Program ini adalah merupakan satu program Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah-sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Zon Pulau Pinang. Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada peserta kem untuk berperanan sebagai pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan-rakan dari segi akademik, perlakuan emosi dan peribadi dengan membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

OBJEKTIF
·         Menyumbangkan idea pelajar untuk memperbaiki iklim dan budaya di sekolah
·         Meneroka dunia baru berkaitan aspek perlakuan manusia
·         Proaktif dalam membantu rakan sebaya
·         Meningkatkan kemahiran,pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan lagi kepemimpinan dalam kalangan pembimbing rakan sebaya sekolah.

TARIKH
2 Julai 2010 (Jumaat)

MATLAMAT
Melalui program ini diharap pelajar-pelajar dapat membantu mengenal diri sendiri dan mengenal masalah dalam kalangan rakan-rakan mereka

TEMPAT
Sek.Men.Vokasional Batu Lanchang,Pulau Pinang.

PESERTA KURSUS
60 Orang pelajar daripada 6 buah SMTV Zon Pulau Pinang

AJK PROGRAM PRS SMT/V ZON PULAU PINANG 2010

Penasihat :  Semua Pengetua SMTV Zon Pulau Pinang
Pengerusi :  En.Abdul Rauf Bin Abdullah (PK HEM SMV Batu Lanchang)
Pen.Pengerusi :  Semua PK HEM Zon Pulau Pinang
Penyelaras Proram :  En. Mohd Zamri Bin Mohd Noh
Setiausaha :  Pn. Aishah Bt Abdul Razak
Pen.Setiausaha :  Cik Haryati Bt Ibrahim
Bendahari :  En. Azman Bin Mohamed

Pendaftaran :   
Pn. Faridah Bt Abd Wahab
Pn. Asma’ Bt Muhammad Fathi

Fasilitator :
En. Mohd Zamri Bin Mohd Noh
En. Mohamad Shariff Bin Mat
En. Azman Bin Mohamed
Pn. Aishah Bt Abdul Razak
Pn. Noraini Bt Hasan
Pn. Noor Hayati Bt Daud
Pn. Faridah Bt Abd Wahab
Pn. Asma’ Bt Muhammad Fathi
Pn. Roslinda Bt Che Aman
Cik Haryati Bt Ibrahim

Fotografi  : 
Pn. Noor Hayati Bt.Daud
Pn. Asma’ Bt.Muhammad Fathi
En. Azman Bin Mohamed

Makanan :   
Pn. Noraini Bt.Hasan
Pn. Noor Hayati Bt Daud
Pn. Roslinda Bt Che Aman
Kawalan Disiplin &
Keselamatan  :  Semua Fasilitator

Perhubungan Luar :  
En. Mohd Zamri Bin Mohd Noh
Pn. Aishah Bt Abdul Razak

Cenderahati,Sijil&Hadiah  :  
 Pn. Faridah Bt.Abd Wahab
Cik Haryati Bt Ibrahim

Dokumentasi:  
 Pn. Roslinda Bt Che Aman

Persediaan Kain Rantang  :  
 Pn. Noraini Bt Hasan

Pengangkutan:   Pn. Aishah Bt Abdul Razak
Rawatan & Kesihatan  :  
 Cik Haryati Bt Ibrahim
En. Azman Bin Mohamed

Kerohanian  :  En. Mohd Zamri Bin Mohd Noh



LAPORAN PROGRAM (2 JULAI 2010)
8.00  -  8.30 PAGI
Semua peserta yang hadir dijemput untuk sarapan pagi di kantin SMV Batu Lanchang.Selepas sarapan, pelajarberedar ke Dewan untuk sesi pendaftaran dan diberi taklimat oleh urusetia.

8.30  -  10.00 PAGI
Slot pertama adalah Slot Ice Breaking dijalankan bertujuan agar semua peserta yang datang dari pelbagai sekolah dapat berkenalan dan mesra dalam masa yang singkat.Peserta-peserta dibahagi  mengikut kumpulan.
Fasilitator: En.Mohamad Shariff & Pn Roslinda

10.00 – 10.30 PAGI
Peserta-peserta beredar ke kantin untuk menjamu selera yang telah disediakan.

10.30 – 12.00 T/Hari
Seterusnya LDK2 dijalankan iaitu Komunikasi.Setiap kumpulan diberi satu sampul dan dikehendaki mengikut arahan fasilitator.Slot ini dijalankan  bertujuan memberi ruang dan peluang untuk ahli dalam kumpulan berbincang dan mencari satu keputusan untuk menyelesaikan masalah.
Fasilitator: Pn.Faridah & Pn.Roslinda

12.00 – 20.00 Ptg
Peserta-peserta seterusnya diberi masa untuk menjamu selera(makan tengahari) dan seterusnya solat berjemaah.

2.00 – 3.30 Ptg
LDK3 –Kajian Kes .Fasilitator meminta wakil peserta berkongsi apa saja masalah yang dihadapi di sekolah dan di asrama.Wakil setiap kumpulan diminta untuk tampil ke hadapan dan berkongsi masalah yang dihadapi dikalangan peserta.
Fasilitator: En.Mansor
3.30 – 5.00 Ptg
LDK4- Kemahiran Asas Kaunseling
Peserta-peserta didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang perlu ada pada setiap PRS untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan lancer.Aktiviti seterusnya peserta dikehendaki mencari pasangan dan menjalankan satu sesi kaunseling.Salah seorang akan memegang watak PRS dan seorang lagi sebagai klien(rakan yang mempunyai masalah) Wakil pasangan akan dipilih secara rawak untuk menerangkan kelebihan dan kelemahan sesi kaunseling yang telah dijalankan.
Fasilitator: Pn.Noraini & Pn.Noor Hayati

5.00 – 5.15 Ptg
Peserta bergerak ke kantin untuk minum petang.

LDK5- Pelan Tindakan
Aktiviti ini merupakan aktiviti yang terakhir .Peserta masih kekal berada dalam kumpulan.setiap peserta dalam kumpulan akan diberi sekeping kertas A4 dan dikehendaki melukis tapak tangan diri sendiri dan nama ditulis disebelah atas kertas.Seterusnya setelah selesai melukis tapak tangan,kertas tersebut dikumpulkan ditengah-tengah kumpulan.setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki menulis kelebihan dan kelemahan rakan –rakan ahli dalam kumpulan pada kertas tersebut.Peserta memberikan kerjasama yang baik.
Fasilitator: Pn Asma’

6.00 – 6.30 Ptg
Sesi bergambar bersama Fasilitator.Semua peserta berkumpul untuk bertolak balik ke destinasi masing-masing.


SENARAI NAMA SEKOLAH YANG TERLIBAT

1.      SMT SEBERANG PERAI
2.      SMT TARP
3.      SMV BATU LANCHANG
4.      SMV BALIK PULAU
5.      SMV BUTTERWORTH
6.      SMV NIBONG TEBAL


LAPORAN BERGAMBAR
















No comments:

Post a Comment