MENGENAI UNIT B&K


KELAB RAKAN BIMBINGAN & KAUNSELING



VISI UNIT BIMBINGAN&KAUNSELING



Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

MISI UNIT BIMBINGAN&KAUNSELING



Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
·        Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
·        Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ).
·        Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
·        Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
·        Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
·        Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

MOTO UNIT BIMBINGAN&KAUNSELING



“Informasi, Kecemerlangan, Kesejahteraan”

FALSAFAH UNIT BIMBINGAN&KAUNSELING



Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan etika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


PIAGAM PELANGGAN



Kami, para pendidik Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau dengan penuh ketulusan hati berikrar akan mencurahkan tenaga bakti kami dengan penuh dedikasi di samping berusaha meningkatkan profesionalisme perguruan kami untuk:
1. Menguruskan pelajar kami dengan penuh ikram dan komited berasaskan konsep sekolah penyayang.
2. Mengembangkan bakat serta potensi yang ada pada pelajar untuk melahirkan individu yang berkemahiran, inovatif dan kreatif serta berketrampilan dalam bidang elektrik & elektronik dan pengaturcaraan komputer agar dapat menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan negara.
3. Meningkatkan imej Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau dengan pencapaian yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
4. Menyatupadukan nilai-nilai moral dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan teknokrat-teknokrat yang memiliki kecerdasan minda, kecemerlangan akhlak dan berdisiplin.






CARTA ORGANISASI
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

JAWATANKUASA

PENASIHAT:
PN.HAJAH LATIFAH BINTI MUHD YUSOF

PENGERUSI:
EN.OTHMAN BIN MUHD NOR

SETIAUSAHA:
EN.MOHD ZAMRI B.MOHD NOH

PENOLONG SETIAUSAHA:
EN.AZMAN BIN MIHAMED

AJK:
ZALINA BINTI HARISUN

PN CHEAH SAW KIM