Tuesday 18 October 2011

Laporan Kem Ibadah 2011

1.       Taklimat dan Suai Kenal
Program Kem Ibadah 2011 telah dimulakan dengan rasminya pada 19 Februari 2011 bermula dengan Solat Maghrib secara berjemaah. Selesai saja Solat Maghrib, majlis dimulakan dengan ucapan alu-alaun daripada Guru Kaunseling SMVBP, En. Mohd Zamri bin Mohd Noh. Dalam ucapan ini, Cikgu Zamri menjelaskan kepada pelajar tentang objektif utama program ini diadakan dan mengharapkan semua pelajar dapat mengikuti program ini dengan jayanya. Cikgu Zamri juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI), Politeknik Seberang Perai atas kesudian untuk mengelolakan program ini. Selesai ucapan daripada Cikgu Zamri, majlis diserahkan kepada Sdr. Ahmad Hafiz bin Mohd, Pengarah Program Kem Ibadah 2011 untuk menyampaikan taklimat program dan menggerakkan program. Hafiz memulakan ucapan dengan menjemput semua fasilitator JPPI PSP untuk diperkenalkan kepada semua peserta program. Selesai sesi berkenalan, Hafiz membahagikan peserta kepada 30 kumpulan LDK untuk memudahkan aktiviti perbengkelan. Mengakhiri slot yang pertama ini, Hafiz menerangkan kepada semua peserta mengenai asas-asas fardhu ain dengan menfokuskan perbincangan awal ini mengenai taharrah (bersuci).

2.       Tayammum
Slot kedua yang dijalani oleh semua peserta ialah mengenai bertayammum. Slot dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai tayammum yang merangkumi sebab, syarat dan rukun tayammum. Seterusnya peserta sekali lagi dipecahkan kepada kumpulan LDK untuk penerangan dan perbincangan secara terperinci. Fasilitator setiap kumpulan akan menerangkan sekali lagi mengenai perihal tayammum dan merungkai sebarang persoalan daripada peserta. Setelah semua ahli kumpulan memahami secara mendalam mengenai tayammum, setiap ahli kumpulan diminta untuk melakukan tayammum di bawah pemantauan fasilitator kumpulan masing-masing untuk menzahirkan kefahaman.

3.       Wuduk
Praktikal wuduk dijalankan dalam slot kedua. Sebelum dimulakan dengan praktikal, penerangan secara teori dulu dibuat. Dalam penerangan ini, peserta diterangkan antara rukun dan sunat semasa wuduk. Peserta dijelaskan mengenai 6 rukun dalam berwuduk dan perkara-perkara sunat semasa wuduk. Turut disentuh ialah perkara-perkara yang boleh membatalkan wuduk. Selesai penerangan, semua ahli LDK diminta untuk mengambil wuduk dengan diperhatikan secara langsung oleh fasilitator.

4.       Azan dan Iqamah
Praktikal azan dan iqamah dijalankan kepada semua peserta selesai dan faham mengenai taharrah, tayammum dan wuduk. Latihan ini dilakukan pada sebelah petang hari kedua selepas peserta dan fasilitator selesai mengerjakan Solat Zohor secara berjemaah. Memulakan aktiviti LDK ini, Sdr. Ahmad Hafiz telah menerangkan sedikit sirah atau sejarah bermulanya azan ini di zaman Rasulullah. Hafiz juga menerangkan pelaksanaan azan yang dibuat di zaman Rasulullah khususnya oleh dua orang sahabat yang utama iaitu Bilal bin Rabah dan Abdullah Ibnu Ma’tum. Selesai taklimat, peserta dipecahkan kepada kumpulan LDK masing-masing. Semasa dalam kumpulan LDK ini, setiap ahli akan mengumandangkan azan dan iqamah. Fasilitator kumpulan juga menerangkan maksud setiap kalimah yang dilaungkan.

5.       Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) merupakan aktiviti utama yang dijalankan sepanjang program Kem Ibadah ini berlangsung. LDK dijalankan dalam kumpulan pelajar yang lebih kecil bagi membolehkan fasilitator dapat memberikan fokus kepada setiap peserta program dan seterusnya memberikan satu kefahaman yang terperinci kepada semua peserta. Diharapkan dengan pendekatan yang dilakukan ini memberikan banyak manfaat kepada semua peserta dalam memahami dengan yakin setiap abadah yang dilakukan sehari-harian.

6.       Explorace
Explorace telah dijalankan pada slot riadah petang hari kedua. Dalam aktiviti explorace ini, fasilitator cuba menterjemahkan kefahaman peserta secara praktikal amalan hasil daripada slot-slot awal yang telah difahami. 10 checkpoint telah disediakan dan diketuai oleh 2 orang fasilitator. Pada setiap checkpoint, fasilitator akan memberikan arahan untuk dilaksanakan oleh setiap kumpulan. Penekanan utama yang ingin dijelaskan kepada semua peserta ialah ialah ‘Islam itu Mudah’. Fasilitator juga akan menanyakan beberapa soalan untuk menguji kefahaman dan ingatan peserta daripada slot-slot awal yang telah dipelajari. Diakhir aktiviti setiap checkpoint, fasilitator akan membuat beberapa rumusan dan kesimpulan daripada aktiviti yang telah dijalankan.

7.       Tazkirah
Tazkirah merupakan aktiviti selingan yang dijalankan mengisi antara slot-slot utama. Selain itu, tazkirah merupakan aktiviti wajib selepas Solat Maghrib dan Subuh. Tazkirah ini akan disampaikan oleh fasilitator-fasilitator JPPI PSP. Dalam tazkirah yang disampaikan ini, fasilitator lebih banyak menyentuh mengenai hal ehwal agama Islam antaranya:
a)      Memahami Islam, Iman dan Ihsan
b)      Adab-adab Sebagai Pelajar Muslim
c)       Islam Itu Mudah
d)      Ibadah Dalam Islam
e)      Solat Tiang Agama

8.       Muhasabah
Slot muhasabah dijalankan pada hari kedua iaitu malam terakhir fasilitator bersama semua peserta program. Dalam slot ini, Sdr. Ahmad Hafiz cuba memberikan satu celik iman dalam diri setiap peserta untuk menjadi seorang ‘hamba Allah’ yang taat. Cuba menilai diri dan membuat koreksi amalan. 

Lampiran Gambar


 

LAPORAN PROGRAM KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2011 (PENGAWAS, PEMBANTU WARDEN ASRAMA DAN PENGAWAS PSS)

Pendahuluan
Program Kem Kepimpinan Pelajar SMVBP 2011 telahpun sempurna dijalankan pada 04-06 Mac 2011 bertempat di Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau. Program ini telah dikelolakan oleh barisan fasilitator Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dari Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Barisan fasilitator PRS seramai 20 orang beserta dengan 2 orang penasihat kelab telah berkampung selama 3 hari 2 malam di SMVBP bagi menjayakan program ini.


Objektif
1.    Mendedahkan mengenai kepimpinan berkesan.
2.    Memberi input dan pengetahuan mengenai kepemimpinan.
3.    Menanam keyakinan diri dalam diri pelajar.
4.    Melatihkan diri dengan disiplin dan jati diri.

 


SASARAN

Semua Pengawas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Semua Pembantu Warden Asrama Tingkatan 5
Semua Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5

 

TARIKH, MASA, TEMPAT, KELOLAAN

Tarikh       : 04 -06 Mac 2011

Masa         : 3 hari 2 malam

Tempat     : SM. Vokasional Balik Pulau
Anjuran     : Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Badan Disiplin Sekolah
  dan Jawatankuasa Pengurusan Asrama


JAWATANKUASA PROGRAM KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2011
Penaung                           : Pn. Hjh. Latifah bt. Mohd Yusof (Pengetua)
Pengerusi                          : En. Othman bin Mohd Nor
Timbalan Pengerusi          : Tn. Hj. Ilyas bin Che Ali
Naib Pengerusi                 : Pn. Zalina bt. Harisun
Penyelaras 1                     : En. Mohd Zamri bin Mohd Noh
Penyelaras 2 (Pengawas)            : En. Ahmad Mustaki bin Daud
Penyelaras 3 (Asrama)    : En. Jamil bin Salleh
Setiausaha                                    : En. Azman bin Mohamed
Ahli Jawatankuasa : 
      1. En. Muhammad Hizami bin Mohd Jafri
2. En. Mohd Ridzauddin bin Said 
3. En. M.Sharol Nisamuddin bin Mohd Nor 
4. En. Asrul Nizam bin Ali
5. En. Amir Fakhri bin Abdul Jamil
 6. En. Nor Azamuddin bin Ahmad
 7. En. Khairi Suzali bin Abu Bakar
 8. Pn. Zurina bt. Abdul Khair
 9. Pn. Sarina bt. Ariffin
 10. Cik Azizah bt. Mat Yusoff
  11. Cik Siti Nor Bahiah bt. Mukhtar


Lampiran Bergambar



LAPORAN PROGRAM PRS SMV/T ZON PULAU PINANG 2010

TARIKH:
2 JULAI 2010

HARI :
JUMAAT

TEMPAT :
SMV BATU LANCHANG, PULAU PINANG

ANJURAN BERSAMA :
PK.HEM SMTV ZON PULAU PINANG
&
MGK SMTV ZON PULAU PINANG

PENGENALAN
Program ini adalah merupakan satu program Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah-sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Zon Pulau Pinang. Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada peserta kem untuk berperanan sebagai pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan-rakan dari segi akademik, perlakuan emosi dan peribadi dengan membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

OBJEKTIF
·         Menyumbangkan idea pelajar untuk memperbaiki iklim dan budaya di sekolah
·         Meneroka dunia baru berkaitan aspek perlakuan manusia
·         Proaktif dalam membantu rakan sebaya
·         Meningkatkan kemahiran,pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan lagi kepemimpinan dalam kalangan pembimbing rakan sebaya sekolah.

TARIKH
2 Julai 2010 (Jumaat)

MATLAMAT
Melalui program ini diharap pelajar-pelajar dapat membantu mengenal diri sendiri dan mengenal masalah dalam kalangan rakan-rakan mereka

TEMPAT
Sek.Men.Vokasional Batu Lanchang,Pulau Pinang.

PESERTA KURSUS
60 Orang pelajar daripada 6 buah SMTV Zon Pulau Pinang

AJK PROGRAM PRS SMT/V ZON PULAU PINANG 2010

Penasihat :  Semua Pengetua SMTV Zon Pulau Pinang
Pengerusi :  En.Abdul Rauf Bin Abdullah (PK HEM SMV Batu Lanchang)
Pen.Pengerusi :  Semua PK HEM Zon Pulau Pinang
Penyelaras Proram :  En. Mohd Zamri Bin Mohd Noh
Setiausaha :  Pn. Aishah Bt Abdul Razak
Pen.Setiausaha :  Cik Haryati Bt Ibrahim
Bendahari :  En. Azman Bin Mohamed

Pendaftaran :   
Pn. Faridah Bt Abd Wahab
Pn. Asma’ Bt Muhammad Fathi

Fasilitator :
En. Mohd Zamri Bin Mohd Noh
En. Mohamad Shariff Bin Mat
En. Azman Bin Mohamed
Pn. Aishah Bt Abdul Razak
Pn. Noraini Bt Hasan
Pn. Noor Hayati Bt Daud
Pn. Faridah Bt Abd Wahab
Pn. Asma’ Bt Muhammad Fathi
Pn. Roslinda Bt Che Aman
Cik Haryati Bt Ibrahim

Fotografi  : 
Pn. Noor Hayati Bt.Daud
Pn. Asma’ Bt.Muhammad Fathi
En. Azman Bin Mohamed

Makanan :   
Pn. Noraini Bt.Hasan
Pn. Noor Hayati Bt Daud
Pn. Roslinda Bt Che Aman
Kawalan Disiplin &
Keselamatan  :  Semua Fasilitator

Perhubungan Luar :  
En. Mohd Zamri Bin Mohd Noh
Pn. Aishah Bt Abdul Razak

Cenderahati,Sijil&Hadiah  :  
 Pn. Faridah Bt.Abd Wahab
Cik Haryati Bt Ibrahim

Dokumentasi:  
 Pn. Roslinda Bt Che Aman

Persediaan Kain Rantang  :  
 Pn. Noraini Bt Hasan

Pengangkutan:   Pn. Aishah Bt Abdul Razak
Rawatan & Kesihatan  :  
 Cik Haryati Bt Ibrahim
En. Azman Bin Mohamed

Kerohanian  :  En. Mohd Zamri Bin Mohd Noh



LAPORAN PROGRAM (2 JULAI 2010)
8.00  -  8.30 PAGI
Semua peserta yang hadir dijemput untuk sarapan pagi di kantin SMV Batu Lanchang.Selepas sarapan, pelajarberedar ke Dewan untuk sesi pendaftaran dan diberi taklimat oleh urusetia.

8.30  -  10.00 PAGI
Slot pertama adalah Slot Ice Breaking dijalankan bertujuan agar semua peserta yang datang dari pelbagai sekolah dapat berkenalan dan mesra dalam masa yang singkat.Peserta-peserta dibahagi  mengikut kumpulan.
Fasilitator: En.Mohamad Shariff & Pn Roslinda

10.00 – 10.30 PAGI
Peserta-peserta beredar ke kantin untuk menjamu selera yang telah disediakan.

10.30 – 12.00 T/Hari
Seterusnya LDK2 dijalankan iaitu Komunikasi.Setiap kumpulan diberi satu sampul dan dikehendaki mengikut arahan fasilitator.Slot ini dijalankan  bertujuan memberi ruang dan peluang untuk ahli dalam kumpulan berbincang dan mencari satu keputusan untuk menyelesaikan masalah.
Fasilitator: Pn.Faridah & Pn.Roslinda

12.00 – 20.00 Ptg
Peserta-peserta seterusnya diberi masa untuk menjamu selera(makan tengahari) dan seterusnya solat berjemaah.

2.00 – 3.30 Ptg
LDK3 –Kajian Kes .Fasilitator meminta wakil peserta berkongsi apa saja masalah yang dihadapi di sekolah dan di asrama.Wakil setiap kumpulan diminta untuk tampil ke hadapan dan berkongsi masalah yang dihadapi dikalangan peserta.
Fasilitator: En.Mansor
3.30 – 5.00 Ptg
LDK4- Kemahiran Asas Kaunseling
Peserta-peserta didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang perlu ada pada setiap PRS untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan lancer.Aktiviti seterusnya peserta dikehendaki mencari pasangan dan menjalankan satu sesi kaunseling.Salah seorang akan memegang watak PRS dan seorang lagi sebagai klien(rakan yang mempunyai masalah) Wakil pasangan akan dipilih secara rawak untuk menerangkan kelebihan dan kelemahan sesi kaunseling yang telah dijalankan.
Fasilitator: Pn.Noraini & Pn.Noor Hayati

5.00 – 5.15 Ptg
Peserta bergerak ke kantin untuk minum petang.

LDK5- Pelan Tindakan
Aktiviti ini merupakan aktiviti yang terakhir .Peserta masih kekal berada dalam kumpulan.setiap peserta dalam kumpulan akan diberi sekeping kertas A4 dan dikehendaki melukis tapak tangan diri sendiri dan nama ditulis disebelah atas kertas.Seterusnya setelah selesai melukis tapak tangan,kertas tersebut dikumpulkan ditengah-tengah kumpulan.setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki menulis kelebihan dan kelemahan rakan –rakan ahli dalam kumpulan pada kertas tersebut.Peserta memberikan kerjasama yang baik.
Fasilitator: Pn Asma’

6.00 – 6.30 Ptg
Sesi bergambar bersama Fasilitator.Semua peserta berkumpul untuk bertolak balik ke destinasi masing-masing.


SENARAI NAMA SEKOLAH YANG TERLIBAT

1.      SMT SEBERANG PERAI
2.      SMT TARP
3.      SMV BATU LANCHANG
4.      SMV BALIK PULAU
5.      SMV BUTTERWORTH
6.      SMV NIBONG TEBAL


LAPORAN BERGAMBAR
















LAPORAN PROGRAM KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DAN PROGRAM KECEMERLANGAN KEMAHIRAN SMVBP 2010

Pendahuluan

Program Kem Kepimpinan Pengawas dan Program Kecemerlangan Kemahiran SMVBP 2010 telahpun sempurna dijalankan pada 23-25 Julai 2010 bertempat di Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau. Program ini telah dikelolakan oleh barisan fasilitator Kelab IKRAM dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang. Barisan fasilitator IKRAM seramai 30 orang beserta dengan 2 orang penasihat kelab telah berkampung selama 3 hari 2 malam di SMVBP bagi menjayakan kedua-dua program ini. Kedua-dua program ini dijalankan serentak dengan melihat kepada kekuatan fasilitator UiTM selain daripada pendekatan yang untuk kedua-dua kelompok yang berbeza.

Objektif

  1. Mendedahkan mengenai kepimpinan berkesan.
  2. Memberi input dan pengetahuan mengenai kepemimpinan.
  3. Menanam keyakinan diri dalam diri pelajar.
  4. Melatihkan diri dengan disiplin dan jati diri.
  5. Memberikan motivasi dan semangat kepada semua pelajar untuk menghadapi SPM.
  6. Memberikan tips dan teknik yang terbaik menghadapi situasi SPM.
  7. Memberikan satu keyakinan diri untuk berjaya dalam SPM.
  8. Menerapkan unsur kerohanian yang mempengaruhi kecemerlangan akademik.

 

 

SASARAN

Semua Pengawas Baru Tingkatan 4
Semua Pelajar Kemahiran Tingkatan 5

TARIKH, MASA, TEMPAT, KELOLAAN

Tarikh             : 23 – 25 Julai 2010

Masa               : 3 hari 2 malam

Tempat           : SM. Vokasional Balik Pulau
Anjuran           : Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Badan Disiplin Sekolah dan
  Unit Kemahiran SMVBP

 
JAWATANKUASA PROGRAM KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DAN PROGRAM KECEMERLANGAN KEMAHIRAN 2010

 

Penaung                           : Pn. Hjh. Latifah bt. Mohd Yusof (Pengetua)
Pengerusi                          : Tn. Hj. Ilyas bin Che Ali
Timbalan Pengerusi          : En. Othman bin Mohd Nor
Naib Pengerusi                 : Pn. Zalina bt. Harisun
Penyelaras 1                     : En. Mohd Zamri bin Mohd Noh
Penyelaras 2 (Pengawas)            : En. Ahmad Mustaki bin Daud
Penyelaras 3 (SKM)         : En. Jauhari bin Zakaria
Setiausaha                                    : En. Azman bin Mohamed
Ahli Jawatankuasa                       : 
                                            1. En. Jamil bin Salleh
                                     2. En. Mohd Ridzauddin bin Said
                                     3. En. Asrul Nizam bin Ali
                                     4. En. Hamsaril bin Ahmad
                                     5. En. Amir Fakhri bin Abdul Jamil
                                     6. En. Nor Azamuddin bin Ahmad
                                     7. En. Khairi Suzali bin Abu Bakar
                                     8. Pn. Zurina bt. Abdul Khair
                                     9. Pn. Sarina bt. Ariffin
                                   10. Cik Azizah bt. Mat Yusoff
                                   11. Cik Siti Nor Bahiah bt. Mukhtar
                                          12. Pn. Nooraini bt. Majid      

JADUAL PROGRAM KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DAN PROGRAM KECEMERLANGAN KEMAHIRAN 2010, SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL BALIK PULAU


JUMAAT (23.07.2010)

3.00PM
FASILITATOR BERTOLAK DARI UiTM
4.30PM
TIBA DI SMV BALIK PULAU
5.15PM
PENYERAHAN PESERTA
5.30PM
PENDAHULUAN ( INTRODUCTION )
6.45PM
PERSIAPAN DIRI DAN MAKAN MALAM
7.30PM
SOLAT MAGHRIB & KULIAH MAGHRIB & SOLAT ISYAK
9.15PM
LDK 1 ( ICE BREAKING )
11.00PM
KUDAPAN
11.30PM
LIGHT OFF

SABTU (24.07.2010)

5.30AM
PERSIAPAN PESERTA
6.00AM
SOLAT SUBUH & KULIAH SUBUH
7.00AM
SENAMAN
8.00AM
SARAPAN
9.00AM
SLOT DARI SEKOLAH
10.15AM
MINUM PAGI
10.30AM
SLOT DARI SEKOLAH
12.00PM
MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR
2.00PM
LDK 4
4.30PM
MINUM PETANG & SOLAT ASAR
5.15PM
EXPLORACE
6.30PM
MAKAN MALAM
7.30PM
SOLAT MAGHRIB & KULIAH MAGHRIB & SOLAT ISYAK
9.00PM
DI MANA IA DATANG, DI SITU IA KEMBALI ( MUHASABAH DIRI )
11.30PM
KUDAPAN & LIGHT OFF

AHAD (25.07.2010)

5.30AM
PERSIAPAN PESERTA
6.00AM
SOLAT SUBUH & KULIAH SUBUH
7.00AM
SENAMAN
8.00AM
SARAPAN
8.30AM
LDK 5
10.00AM
MINUM PAGI
10.15AM
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM
11.30AM
SESI AKHIR BERSAMA FASILITATOR
12.15PM
MAKAN TENGAHARI
1.00PM
SOLAT ZOHOR & BERKEMAS
2.30PM
FASILITATOR PULANG KE UiTM

Lampiran Bergambar: