SMVBP




SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL BALIK PULAU




PENGENALAN



Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 5 November 1992 dan mula beroperasi pada 18 Januari 1993 dengan penerimaan pelajar-pelajar Tingkatan 4. Sekolah ini menawarkan 3 aliran kursus utama iaitu Kursus Pengajian Elektrik dan Elektronik, Kursus Pengaturcaraan Komputer dan Sijil Kemahiran Malaysia (Juruteknik Elektronik Industri Tahap 1 dan Juruteknik Elektrik Rendah Tahap 1).
Segala kemudahan yang sedia ada akan sentiasa ditambah seperti bilik darjah, makmal komputer, makmal sains, bengkel-bengkel dan juga blok-blok asrama mengikut keperluan semasa. Kini dengan jumlah guru seramai 69 orang dan kakitangan seramai 18 orang, SMVBP meniti usaha melahirkan teknorat dan teknologi berwibawa selaras dengan misi, visi dan perjuagan negara demi Wawasan 2020.



MISI



Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sahsiah, kurikulum dan kokurikulum.
sentiasa berusaha meningkatkan profesion perguruan bagi melahirkan guru yang lebih proaktif, inovatif dan kreatif.melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang Elektrik, Elektronik dan Pengaturcaraan dan mampu memberi sumbangan kepada kemajuan negara.
Mewujudkan iklim sekolah yang sihat, persekitaran yang bersih dan komuniti sekolah yang harmonis.




VISI


Menjadikan Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau sebagai salah sebuah sekolah premier di negara ini yang menghasilkan para pelajar dan guru yang sentiasa mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.


MOTTO


Bersama Menuju Kecemerlangan


ORGANISASI PENTADBIRAN



Pengetua : Pn Hjh Latifah Bt Mohd Yusof
Pen. Kanan Pentadbiran : Tn Hj Ilyas Bin Che Ali
Pen. Kanan HEM : Tn Hj Othman Bin Mohd Noor
Pen. Kanan Kokurikulum : Pn Zalina Bt Harisun


Alamat:
SMV BALIK PULAU 11000 BALIK PULAU PULAU PINANG

Kod Sekolah :PHA3001

No Tel :04-8666229

WEBSITE:

BLOGGER: